Monday, July 25, 2011

value life.

"Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku" - Az-Zariyat:56



Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyatakan di dalam surah di atas function utama manusia adalah tidak lain untuk menyembah Allah yang Esa. Setiap yang hidup pasti akan menemui mati dan yang mati pasti akan di adili bergantung kepada tindak tanduk masing-masing di atas dunia ini.

Apabila on the way balik berjalan dengan nenek tadi dari ladang getah, melihat alam dan berfikir banyak jenak. betapa uniknya kejadian alam ciptaan Allah s.w.t. subhanallah. dan dari situ pikir betapa kita perlu menghargai kehidupan sebaik-baiknya dan memanfaatkan masa yang ada sepenuhnya. Ya Allah, rasa macam tak banyak masa dah tinggal atas dunia ni.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

surah Al-Asr menyatakan, "demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian". prasan tak masa makin cepat berlalu?? walaupun memang dari dulu lagi dah memang cepat masa berlalu kan. astaghfirullah. smoga segala dosa-dosa kita sempat diampunkan Allah s.w.t sebelum kita mati. i'Allah. 

perkara yang sama berlaku apabila di rumah  mok ye iaitu kawan kepada nenek saya. sedang mok ye menyediakan air minum, melihat kenazakan dapur rumahnya. saya macam "ya Allah, macam mana la mok ye boleh hidup dengan keadaan dapurnya uzur macam ni." walaupun dapur kt rumah tu pn buruk jgak. tp mok ye punya mcm lagi teruk sket. disitu saya terpikir, perlunya belajar betul-betul demi masa depan. untuk menyediakan tempat yang lebih baik untuk keluarga. i'Allah. it just the matter of time.

sebab tu lah kita perlu menghargai kehidupan yang kita ada sekarang. menggunakan sepenuhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah. tu je yang nk dikongsikan kali ni. sori lah, agak xsempat nk update blog kerana lebih banyak bermonolog dan berfikir dalaman yang mana most of the time nye rasa malas nak menulis. Ramadhan pun dah nak dekat ni. selamat berpuasa lah juga. smoga kita dapat memanfaatkan sebaiknya di bulan Allah yang mulia. InsyaAllah. wassalam. 

"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." - Al-Hujurat:13

1 comment: