Friday, October 7, 2011

Perginya Tokoh Revolusi Dunia.

Salam w.b.t..

Dah lama saya tak update blog kan? ^^ haha. 2,3 hari ni, banyak benda yang berlaku, macam-macam. terfikir jugak nak update blog ni. tapi nak buat macam mana. internet kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak. masalah sket wireless uia skg. Ok lah, tak nak merapu panjang2. Adakah anda pengguna setia IPhone?? Tahukah anda siapa pencipta iPhone tersebut?? *eh.aphal penulisan macam formal sgt ni?haha* Ye. Tepat sekali. Tokoh revolusi dunia yang dimaksudkan ialah Steve Jobs. He invented Apple, Macintosh, iPod, iPad, etc. Dilahirkan di San Francisco, Amerika Syarikat (USA) pada 1955. Mula menunjukkan keistimewaan luar biasa selepas tercicir daripada pengajian di kolej apabila berjaya mengubah dunia teknologi dengan pelancaran komputer peribadi pertama ciptaannya, Apple II pada akhir 1970an. Dipercayai memiliki kekayaan mencecah AS$7bilion (RM21bilion), syarikat Apple, merupakan yang kedua bernilai selepas Exxon Mobil di US. Meletak jawatan sebagai CEO Apple pada 24 Ogos, kematiannya pada umur 56 tahun akibat menderita barah pankreas sejak tahun 2004 lagi. Itulah sedikit sebanyak tentang Steve Jobs yang saya baca dari paper, so quote kat sini untuk share. Menarik bukan perwatakan beliau? Steve Jobs tercicir kolej, Mark Zuckerberg tak habis blajar kat Harvard. Kebanyakan orang2 yang berjaya ni, dia tak mudah putus asa. rezeki sentiasa ada di mana-mana pun. Cuma usaha sahaja yang mungkin berbeza. Orang kata, "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" kan? So, here I left you with some of his quotation. very inspiring. till then. wassalam.





















No comments:

Post a Comment